Friday, October 18, 2013

Pengalaman orang lain

1. Tekanan Darah Meningkat Tinggi. Pada Bulan awal Bulan March, 2013.  Bacaan 155/100 di catatkan.
2. Berjumpa doktor dan diberikan ubat Norvaks 5mg. Makan Sekali sehari pada waktu pagi.
3. Bacaan darah di ambil 2 kali sehari pagi dan petang. dan mengamalkan makan ubat selama sebulan iaitu sehingga tekanan darah stabil dan Normal 120/80.
4. Selama sebulan itu, tak minum kopi, teh, makan bergoreng, daging merah.  Banyakkan Makan Oat, Nasi 1/3 dari biasa dan hanya sekali sehari.  Lauk Ikan dan ayam rebus sahaja.
5. Berjumpa dengan doktor pakar.
6. Masuk Bulan April, Saya memulakan senaman sehari selama 1 jam 6 kali seminggu.  Rehat pada hari jumaat.  Senaman yang saya lakukan adalah "Jillian Micheal - Body Revolution".  Boleh tengok website dia or torrent saja.
7. Di bulan april saya kurangkan dos ubat kepada 2.5mg Norvaks setiap hari dengan pengawasan tekanan darah sendiri.  Bacaan di ambil 3 kali sehari, pagi, tengah hari dan petang.  Menggunakan alat Omron HEM-7211. dan bacaan darah saya rekodkan di phone android guna application My Heart.
8. Di akhir bulan april saya mengurangkan pengambilan ubat lagi menjadi 2.5mg Norvaks Selang Sehari.
9. Alhamdulillah di bulan Mei, 2013 saya dah berhenti makan ubat.  Bacaan darah amat baik (boleh check dgn dr. norlela). malahan sekarang makin fit.  Heart rate adalah 50 beat per minit je.  Rekod senaman di tunjukkan di sini >> My Movecount
10. Di akhirnya berat badan turun dari 65kg to 59 kg.  pinggang turun dari 32inc to 29 inc.

Diatas bukanlah nasihat perubatan tapi adalah pengalaman sendiri.  sila rujuk doktor pakar anda utk bantuan professional.

Perbelanjaan yang terlibat.

1. Ubat Ubatan.
2. Doktor Pakar.
3. Omron HEM-7211
4. Sepasang Kasut cross trainning.
5. Jam Suunto Quest + Heart Rate.
6. Free Android Apps "My Heart".
7. Dumbell 3kg, 2kg dan 1kg.
8. Resistance Cable.
9. Yoga Mat.
10. Dan Quaker oat yang banyak.

Sekali lagi >> Diatas bukanlah nasihat perubatan tapi adalah pengalaman sendiri.  sila rujuk doktor pakar anda utk bantuan professional.

SELAMAT MENJALANI HIDUP YANG SIHAT !!!


Tahniah diucapkan diatas usaha tersebut.. Anda berjaya...

Sy juga menghidapi masalah darah tinggi dan kena makan ubat ( VAMLO 5 mg )

Apa yg boleh dikongsikan bersama dari terus makan ubat adalah

1. Kurangkan makan.  Dari sepinggan ke sebesar tapak tangan ( nasi )
2. Ambil ikan / ayam / daging sekadar merasa.
3. Kurangkan makan d luar
4. Makan roti SERAT
5. Senaman ~ pada permulaan dengan menuruni tangga setinggi 15 tingkat
                    ~ omron pedometer ( Minimun sehari 10000 langkah)
6. saya kini amalkan minum MADU + CUKA KURMA + DELIMA ( 10 ML SETIP SATU ITEM ) DAN DICAMPUR AIR ... Minum pagi dan petang...

lepas ni boleh sy try senaman "Jillian Micheal - Body Revolution" pulak

Berat badan sebelum 119KG kini 93KG ( maintain ... x boleh nak turun lagi dah... Harap kalo buat senaman boleh kurus lagi kot... )

1 comment:

  1. Table Games - Casino Poker - Real Money
    A poker table is often a casino table that allows players to enjoy the game of 네임드사다리 Poker. If you happen 강원랜드바카라 to love 브라 밝기 조절 to bet 크레이지 슬롯 on poker, you might want 먹튀 to try this

    ReplyDelete